07:10 0

Sharnaaz Komen Lakonan Lelaki Sotong Gagal


Sharnaaz Komen Lakonan Lelaki Sotong Gagal



Pelakon yang hebat menerusi gaya kasar dan ganas iaitu Sharnaaz telah mencabar diri sendiri dengan menerima watak lelaki lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong di astro Maya setiap Isnin jam 10 malam.

Drama ini mendapat perhatian ramai yang ingin melihat Sharnaaz membawa watak yang amat beralinan dengan perwatakan sebenarnya.

Namun ada juga yang menyifatkan percubaan Sharnaaz Ahamd sebagai lelaki sotong adalah satu kegagalan kerana gagal menyerlahkan lelaki lembut dengan baik. Malah lakonan pelakon oembantu di dalam drama itu sebagai lelaki lembut lebih menyerlah.

Ini komen dari Sharnaaz sendiri:

"Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yang bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yang belum pernah saya bawa.

"Dan saya melakonkan watak itu selembut yang mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu," 

"Saya terbuka dengan setiap komen yang diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu.

"Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yang dibawa itu,"

"Saya gembira apabila ia mendapat respons yang sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu,"

Drama Suamiku Encik Sotong menampilkan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Hanez Zalikha, dan Amar Baharin. Episod pertama drama ini mendapat rating yang tinggi seramai 1.3 juta penonton. Tahniah Sharnaaz atas cubaan yang berani ini.

0 comments:

Post a Comment