Suspek Pembunuh Dedah Punca Sebenar Kanak-kanak 3 Tahun Dibunuh Kejam
Terbaca di Harian Metro tentang pengakuan suspek kes bunuh kanak-kanak berusia 3 tahun yang ditemui di sungai.Kejadian berlaku di Beaufort yang mana suspek berumur 30 tahun dikatakan membunuh budak 3 tahun.
Punca hanya kerana dendam dan berang akibat diejek.
Baca laporan penuh dari Metro di bawah:
BEAUFORT: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengakui menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan. Suspek kemudian mencampak mangsa ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.
Hasil siasatan awal mendapati, dendam terhadap terhadap keluarga mangsa menjadi punca suspek yang berusia 30 tahun itu bertindak sedemikian pada Jumaat lalu termasuk mencampak mangsa ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, 7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan mengembung selepas 56 jam kehilangannya dilaporkan.
Suspek mendedahkan, mangsa kerap mengejeknya sebelum ini sehingga menyebab lelaki itu berang dan bertindak menyerang mangsa.
Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan
0 comments:
Post a Comment