09:15 0

Zizan Razak Disaman Lebih Setengah Juta (RM 500 Ribu)


Zizan Razak Disaman Hampir Setengah Juta


Zizan Razak telah disaman rakan sendiri sebanyak rm 500 ribu, setengah juta. Kawan yang kini menjadi lawan, Marina Juki telah menyaman Zizan Razak kerana melanggar kontrak pengurusan artis.

Marina Juki memfailkan saman terhadap Zizan Razak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina Juki dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan Razak melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan mempunyai kontrak dengan Wire Fame sehingga 5 Mei 2015.

Marina Juki menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan Razak daripada syarikat pengurusan lain.

Marina juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru kerana Zizan masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama Wirefame.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Imbas kembali, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi.

Masalah itu berlarutan sehingga Marina Juki dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan Razak telah menyekat akaun bank syarikat. Wirefame dikatakan akan dibubarkan.

Untuk pengetahuan, Marina Juki memegang 30% saham, manakala Zizan Razak memegang 70% saham syarikat Wirefame. -mStar-


0 comments:

Post a Comment