18:58 0

5 GAMBAR Fazura Dilamar Jejaka Depan Ibu & Dapat Restu Ibu Fazura


5 GAMBAR Fazura Dilamar Seorang Pemuda Depan Ibu & Dapat Restu Ibu Fazura


Ketika sibuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Manisnya Cinta Di Cappadocia, Nur Fazura dikatakan telah dilamar oleh seorang jejaka.

Lamaran berlaku secara spontan di dalam sebuah majlis sesi kareoke yang dianjurkan oleh Astro Shaw.

Jejaka tersebut sedang menyanyikan lagu All Of Me (John Legend) secara tiba-tiba telah melutut dan melamar Fazura.

Fazura juga secara spontan mengarahkan pemuda tersebut meminta kebenaran daripada ibunya yang turut hadir pada majlis kareoke tersebut.

Tanpa sebarang bantahan, ibu Fazura memberikan lampu hijau dan Fazura juga turut menunaikan hasrat lelaki itu dengan menerima cincin lamaran.

Namun dikatakan Fazura hanya menerima cincin itu sebagai simbolik sahaja bukannya terima sebagai lamaran berkahwib betul-betul. Apatah lagi pemuda itu baru dikenalinya

Pemuda itu merupakan salah seorang peminat Fazura yang dijumpai sehari sebelum sesi karaoke tersebut ketika promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia di Klang.

Turut berada di dalam majlis sesi karaoke yang dianjurkan Astro Shaw itu ialah keluarga Fazura, Shaheizy Sam dan pengarah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Bernard Chauly.

Sumber: MURAI.com

carian: Fazura dilamar, lamaran fazura, gambar fazura dilamar , kisah fazura dilamar, fazura dilamar jejaka ,










0 comments:

Post a Comment