08:12 0

Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Kini Hamil

Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Kini Hamil


Tahniah diucapkan kepada pasangan baru berkahwin, Chef Riz dan juga Shikin Maembong apabila kakak kepada Emma Maembong ini kini sah hamil 2 minggu.

Chef Riz memberitahu mStar bahawa pada mulanya isterinya itu tidak sihat dan mereka telah ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Akhirnya doktor mengesahkan Shikin mengandung.

Chef Riz ternyata gembira dan bersyukur dengan berita ini.

Ini kata Chef Riz:

"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur,"

Sekali lagi jutaan tahniah kepada pasangan Chef Riz dan Shikin Maembong.


0 comments:

Post a Comment