18:01 0

Jalil Hamid Tegur Artis Popular Kuat Skandal


Jalil Hamid Tegur Artis Popular Kuat Skandal


Mealui portal mStar, Jalil Hamid telah menegur artis popular yang sedang meningkat naik agar tidak menyalahgunakan populariti dan tidak membuat skandal.

Ini berikutan ramai artis popular kini terjebak dengan skandal dan banyak gejala sosial seperti negara barat

Ini kata Jalil Hamid:

"Bila jadi artis perlu ingat diri dan asal usul jangan sudah popular lupa budaya dan batas agama sampai merosakkan nama baik artis.

"Saya lihat ramai yang nama sedang naik bersikap bermegah-megah dan mendabik dada dengan kedudukan yang mereka kecapi," 

"Saya tegur secara terbuka kerana ada yang saya lihat menggunakan nama mereka buat skandal sana sini tanpa rasa malu ikut budaya barat.

"Maaflah kerana berfikiran tidak seperti orang moden tetapi saya sedih dan sayu hati melihat perangai begini," 

Jalil Hamid juga akan tampil dengan lagu baru iaitu Dalam Kepala Otak, yang merupakan single terbaru berunsur komedi.

Jalil Hamid juga kecewa dengan pelawak masakini yang tidak ada membuat lagu komedi seperti zamannya.

Ini komen Jalil Hamid:

"Industri hiburan tidak begitu baik sekarang sehingga membuatkan saya takut untuk keluar dengan lagu-lagu komedi baru.

"Saya ada idea dan lagu tetapi nak beri pada orang pun siapa yang mahu kerana saya tiada nama sebagai pencipta lagu," 


"Saya pun tidak tahu ramai pelawak yang lahir tetapi tiada satu pun yang buat lagu genre komedi. Mungkin juga mereka takut untuk mencuba terutama dalam keadaan sekarang yang tidak berapa baik,"




0 comments:

Post a Comment