Juliana Evans Ikat Kontrak Di Hollywood, Jadi Pelakon Hollywood
Pelakon Malaysia iaitu Juliana Evans nampaknya sudah mengikat kontrak dengan pengurusan artis di Hollywood. Maka dia kini akan mula mencipta nama di Hollywood.
Juliana Evans, 25 tahun akui persaingan untuk kerjaya sebagai pelakon di Hollywood sangat sengit dan hebat tetapi gadis cantik ini tetap mahu mencuba, mana tahu rezeki berpihak kepadanya.
Juliana Evans juga ada memberi komen tentang adegan 18 tahun ke atas terutama adegan seperti BERClUM dan berpakaian SEKSl.
Ini komen Juliana Evans:
“Saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada. Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama”
“Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencapai impian sebagai anak seni. Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan,”
“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berB0GEL, berClUM dan melakukan sebarang adegan lNTlM dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya”
“Sebagai orang Malaysia & Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya redha, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu,
Good luck dan selamat maju jaya kepada Juliana Evans. Semoga berjaya di Hollywood.
0 comments:
Post a Comment