Searching...
13:54 0

Luahan Hati Dan Punca Sebenar Ilya Buang Keluar Sepahtu


Luahan Hati Dan Punca Sebenar Ilya Buang Keluar Sepahtu


Ramai yang tahu kini Sepahtu menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega dengan memperkenalkan ahli baru mereka iaitu Pak Ya yang lebih dikenali sebagai Ilya Senario atau Ilya Buang.

Pelawak Ilya Buang kini telahpun menarik diri dan tampil menjelaskan sebab utama dia keluar daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014.

Ini adalah kerana dia tidak mahu menjadi beban dan menyusahkan Jep dan Shuib kerana masalah kesihatan yang melanda dirinya.

Ilya Buang tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.

Ini antara luahan dan komen Ilya Buang: (mStar)

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," 

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas,"

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka," 

Ilya menetap di Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur sekiranya mempunyai persembahan. Bekas ahli Senario dan Aku Kaya ini juga baru sahaja menjalani pembedahan bisol di Pusat Perubatan Pantai Ipoh.

Ilya Buang menafikan mempunyai masalah bersama Jep dan Shuib.

0 comments:

Post a Comment