11:56 0

Luahan Hati Nur Shafiqa Apabila Wajah Ditoreh


Luahan Hati Nur Shafiqa Apabila Wajah Ditoreh


Ini luahan hati dari Nur Shafiqa, mangsa wajah ditoreh preompak kejam di Kelantan.

“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.

“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,”

“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.

“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” 

Ini Ucapan Khas Nur Shafiqa kepada penjenayah tersebut:

“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.”

"Saya terima ketentuan ini. Saya berharap penjenayah terbabit dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal,”

Diharap penjenayah terbeut segera ditangkap dan diberi hukuman berat agar tiada lagi orang lain yang menjadi mangsa kekejaman seperti Nur Shafiqa. Polis berkata suspek merupakan geng penagih yang amat terdesak.


0 comments:

Post a Comment