Ismail Embong Mengamuk Kecam Perkahwinan Anaknya, Yaya Maembong & Wan Raja
Ini merupakan laporan terkini yang diterima tentang satu kontroversi yang melanda keluarga Emma Maembong.Perkara ini melibatkan kakak dan ayah Emma Maembong iaitu Yaya Maembong dan Ismail Embong (Maembong).
Telah berlaku sedikit pertelingkahan ketika majlis perkahwinan tersebut dan ternyata ayah kepada Emma dan Yaya Maembong ini marah dengan apa yang berlaku.
Yaya juga dikatakan menghalau adik-beradiknya. Apa kes? Jom baca laporan penuh di bawah: (laporan dari mStar)
ISMAIL EMBONG MENGAMUK
Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.
Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.
"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.
Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid A--Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.
Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.
Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.
Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.
Yaya Halau Adik Beradik
Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.
Kata ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.
"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.
Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.
Malah dia terpaksa menghabibskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya meghadiri majlis akad nikah itu.
"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.
"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.
Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.
Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.
"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.
Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong
Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.
Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.
"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.
"Bagi saya tindakan ayah mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.
Tambah Wan Raja, punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.
Jelasnya, kesemua anak-anaknya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlia akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.
"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.
Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.
"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.
"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.
Wan Raja Nafi Yaya Halau Adik Beradik
Selain itu dia turut menafikan kenyataan Ismail yang menuduh Yaya menghalau adik-beradiknya keluar dari rumah tersebut.
Katanya, keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.
"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," -mStar-
Itulah kejadian yang menimpa kepada keluarga Emma Maembong iaitui pertelingkahan Yaya Maembong, Wan Raja dan Ismail Embong. Di harap perkara ini dapat di selesaikan sebaik mungkin.
0 comments:
Post a Comment