10:15 0

AJK Seniman Seperti Adlin Dan Khir Rahman Tak Puas Hati Kepimpinan Zed Zaidi


AJK Seniman Seperti Adlin Dan Khir Rahman Tak Puas Hati Kepimpinan Zed Zaidi


Beberapa AJK Seniman seperti Adlin Aman Ramli dan Khir Rahman tidak setuju dengan tindakan presiden Zed Zaidi yang mebuat laporan polis terhadap Vanidah Imran.

Adlin Aman Ramli secara terang-terangan mengecam tindakan Zed Zaidi dan meminta presiden itu yang meletak jawatan kerana gagal meneraju persatuan dengan baik.

Ini komen Adlin Aman Ramli:

"Saya tidak setuju dan mengecam tindakan dia membuat laporan polis sebelum berbincang dengan kami semua terlebih dahulu.

"Tindakan itu hanya membuka pekung persatuan kepada umum dan orang sendiri tahu tentang kegagalan dia menerajui persatuan,"

"Zed Zaidi yang seharusnya letak jawatan kerana tidak boleh bekerja dengan ahli jawatankuasa lain dengan baik dan membuat keputusan tanpa berbincang,"

"Saya punya kes biopik Saloma memaparkan kisah palsu ayah saya, Allahyarham AR Tompel sampai sekarang tiada reaksi darpada pihak Seniman langsung. Walhal saya sudah beri surat kepada persatuan agar memberi sokongan dalam menyelesaikan kes tersebut,"(mstar)

Sementara itu Khir Rahman juga akui terkejut dengan tindakan melulu Zed Zaidi yang boleh menjatuhkan maruah dan reputasi Vanidah Imran.

Zed Zaidi juga kerap menolak idea dan cadangan Khir Rahman untu membuat mesyuarat dan perbincangan.

Ini komen Khir Rahman:

"Ia tidak wajar dibuat kerana perkara itu merosakan reputasi orang lain. Kasihan Vanidah Imran yang terkena dalam perkara ini. "Sebagai presiden dia harus melindungi ahli dan bukannya merosakan atau mencari salah orang lain jika persatuan itu gagal dijalankan,"

"Saya sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap Biro Pendidikan dan Latihan Seni sudah menjalankan tanggungjawab saya untuk mengerakkan aktiviti seni."  

"Namun setiap kali saya minta untuk diadakan mesyuarat pasti ditolak. Malah, group WhatsApp yang saya buat pun tidak mahu digunakannya."  

"Dia suruh saya e-mel butiran untuk adakan mesyuarat dan apabila sudah ikut peraturan yang dimahukan, dia pula kata tiada apa yang penting untuk dibincangkan," (mstar)

Sebelum ini, Zed Zaidi juga ada menghentam AJK Seniman yang baru yang dikatakan tak pandai buat kerja dan hanya pandai cakap.

Antara AJK baru Seniman ialah Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak. Sementara itu Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli pula dilantik menjadi juruaudit.

Antara AJK Dan Peneraju Seniman

0 comments:

Post a Comment