11:58 2

PANAS! Pelakon Wanita Ditampar Peminat Ketika Rakaman Program Cetus Kekecohan


PANAS! Aktres Ditampar Peminat Cetus Kekecohan


Terbaca di laman AstroGempak tentang nasib yang melanda seorang selebriti ketika mengacara sebuah prgram hiburan. Akterss ini ditampar kerana dikatakan terlalu SEKSl.

Peminat yang datang telah menampar muka selebriti itu kerana dia beragama Islam namun pakaiannya tidak melambangkan dia seorang muslim.

Ini laporan penuh AstroGempak:

Mungkin juga sebagai pengajaran buat Gauhar Khan namun tidak terlintas di fikirannya apabila ditampar oleh salah seorang penonton program India’s Raw Star kerana marah dengan cara pemakaian yang terlalu SEKSl di hadapan umum.

Sewaktu rancangan yang bersiaran secara langsung di Film City, Goregaon, Mumbai itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Namun sewaktu rakaman berhenti seketika untuk tujuan laluan iklan, tanpa semena-mena seorang jejak yang dikenali dengan nama Akil Malik telah naik ke atas pentas dan menampar muka Gauhar.

Tindakan tersebut membuat para penonton yang hadir terkejut malah Gauhar turut terpinga-pinga sebelum menjerit ke arah lelaki tersebut yang telah memalukan dirinya dengan insiden yang berlaku.

Tidak lama selepas itu, krew dan pasukan keselamatan tiba dan menangkap Akil Malik sebelum diserahkan kepada pihak polis India.

Akil yang ditahan pihak berkuasa disoal siasat dan mengaku terlalu marah dan geram dengan cara pemakaian Gauhar Khan yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk seorang wanita muslim.

Sehingga kini Gauhar belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden yang memalukan ini namun sumber terdekat mengakui dia kini sedikit fobia dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.




2 comments:

  1. MEMANG PADAN MUKA PUN KENA TAMPAR.

    ReplyDelete
  2. Bila2 masa saja di malaysia akan berlaku perkara seperti itu kerana meraka tahu yg mereka adalah Islam tapi masih memakai pakaian yg menjolok mata "Islam pada I.C"

    ReplyDelete