Searching...
21:19 0

Pelakon Wanita Popular Berstatus Janda Ditangkap Khalwat


Pelakon Wanita Popular Berstatus Janda Ditangkap Khalwat

Ini merupakan laporan dari Harian Metro hari ini. Dikatakan seorang pelakon popular ditangkap khalwat pagi tadi.

Baca laporan dari Metro:

Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.
Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

Jika dari hint yang diberi, filem yang box office dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records pada tahun 2011 ialah filem Ngangkung.

Antara hint lain ialah
- pelakon wanita
- umur 33 tahun, tarikh lahir 1981
- janda
- anak 3 orang
- nama start dengan huruf "P"


0 comments:

Post a Comment