PUNCA SEBENAR: Kekejaman Kucing Digantung Sampai Mati
Kejadian berlaku di Sarawak di mana telah tersebar gambar kucing mati digantung seperti bendera yang amat kejam.
Polis juga telah datang ke rumah terebut untuk membuat siasatan lanjut tentang kejadian itu ekoran kemarahan orang ramai dan pecinta haiwan. Akhirnya segala persoalan terjawab.
Baca laporan penuh di bawah:
Untuk pengetahuan rumah tersebut dimiliki oleh seorang ahli perniagaan. Ahli perniagaan ini mendakwa dia sering diserang dan diugut oleh kongsi gelap.
Ahli perniagaan lelaki sekali lagi menerima kejutan berbaur amaran bilamana seekor kucing hitam digantung sampai mati di depan rumahnya di Jalan Lada, kelmarin.
Mengambil maklum terhadap laporan orang awam, polis turun ke lokasi kejadian dan mendapati pemilik rumah yang berusia 39 tahun menafikan perkara itu dilakukan olehnya.
Menurut lelaki terbabit, dia sebelum ini juga pernah menerima ancaman melalui telefon dari seorang lelaki yang memberi amaran kepadanya seminggu selepas insiden serangan awal tersebut. Tiga minggu kemudian, dia sekali lagi menerima panggilan ugutan dari individu yang sama.
Bimbang dengan keselamatan dirinya, lelaki terbabit membuat keputusan untuk keluar dari bandar Sibu buat sementara waktu bagi mencari tempat perlindungan.
Bagaimanapun, dia kembali semula ke Sibu kelmarin menggunakan kereta sewa kerana bimbang keretanya dikenali oleh individu yang mengancam keselamatannya.
Pada insiden Oktober yang lalu, sekumpulan lelaki telah mengikat tangan dan menutup matanya dengan kain sebelum membawa mangsa lari menaiki sebuah kereta. Mangsa kemudian dihumban ke dalam sungai, bagaimanapun berjaya melepaskan diri.
Polis masih menyiasat kes tersebut. Diharap penganiyaan kepada haiwan ini dapat dielak.
Khas: Peminat & Pemain Fantasy Premier League (KLIK SINI)
Kenapa haiwan yg di bawak bertaruh demi duit? Ya allah, mereka sunggu zalim. Cuba bayangkan sedangkan kita tercucuk jarum da rasa sakit, apakan lg binatang!! kejam...
ReplyDelete