15:26 0

"Sumpah Demi Allah Demi Rasul Saya Tak Buat" - Syamsul Yusof

"Sumpah Demi Allah Demi Rasul Saya Tak Buat" - Syamsul Yusof


Syamsul Yusof nampaknya telah disaman oleh penulis novel kerana didakwa menciplak atau plagiat novelnya ke filem berjudul "BOHSlA". Filem ini pernah menjadi box office pada tahun 2009.

Penulis itu ialah Elias Idris yang menulis novel "Aku BOHSlA" diterbitkan pada 1995.

Ini kata Syamsul Yusof: (Harian Metro)

“Sumpah demi Allah, demi Rasul saya tak buat seperti apa yang dituduh itu. Saya tak pernah tahu pun mengenai novel itu. Jadi tak mungkin saya nak tiru. Mungkin beberapa persamaan yang wujud dalam novel dan filem itu hanya satu kebetulan,”

“Papa pernah memaklumkan hal mengenai ketidakpuasan hati seorang penulis novel mendakwa kami menciplak novelnya menjadi filem Bohsia (2009). Mereka pernah berbincang dan kami menafikan dakwaan itu sebab ia memang tak berlaku seperti dituduhnya”

“Tidak sangka pula perkara ini dibawa ke tengah sampaikan pihaknya failkan saman ke atas saya, papa dan syarikat. Dia nak saman itu hak dia, kami kenalah lawan dengan undang-undang”

~Peminat Fantasy Premier League, Sila (LIHAT SINI)



0 comments:

Post a Comment