15:54 0

Zizan Razak Dah Putus Dengan Emma Maembong, Kini Bercinta Dengan Kamal Adli


Zizan Razak Dah Putus Dengan Emma Maembong, Kini Bercinta Dengan Kamal Adli?


Wow ini berita yang terbaru tentang pasangan Zizan Razak dan juga Emma Maembong. Nampak seperti hubungan mereka tiada masalah dan berjalan lancar.

Namun menerusi satu laporan Harian Metro. pasangan Zizan Razak dan Emma Maembong dikatakan sudah berakhir.

Dan yang paling mengejutkan, Kamal Adli pula dikaitkan sedang membina bait-bait cinta dengan Emma Maembong.

Jom baca laporan Penuh dari METRO:

Cemburu pula dengar rakan bercerita bawa anak bercuti sana-sini. Maklumlah musim cuti sekolah, inilah masanya boleh bawa keluarga bercuti panjang di kampung atau destinasi pelancongan menarik dalam serta luar negara.

Kalau ikut hati, Sha nak bercuti di Terengganu tetapi mengenangkan musim tengkujuh, terpaksa ubah haluan destinasi tidak jauh dari Kuala Lumpur. Tak apalah, janji dapat hiburkan hati keluarga. Jauh dekat tak jadi masalah kan.

Sebut Terengganu, teringat Emma Maembong dan Zizan Razak. Baru-baru ini, Sha difahamkan mereka putus cinta.

Khabarnya, mereka baru saja berpisah tetapi ada juga desas-desus mengatakan hubungan itu berakhir sebulan lalu. Mana satu yang betul, Sha pun tak pasti.

Difahamkan lagi, Emma sudah ada pengganti. Tempat Zizan diambil alih pelakon popular, Kamal Adli yang menjadi pasangan Emma dalam drama Syurga Tanpa Cinta.

Dengarnya, Emma baru pulang dari Thailand dan Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang.

Kalau setakat berkawan, takkan Kamal sanggup berkejar jemput Emma kan! Itu 'buang karan' namanya.

Bila difikirkan semula, patutlah status Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan. Seakan-akan dia berada dalam 'mood' kecewa dan cuba bertenang.

Bagaimanapun, ketika itu Sha tak terfikir pula yang dia ada masalah dengan Zizan. Maklumlah, sebelum itu nampak okey saja. Malah, Emma pernah bercakap perihal masa depan, namun enggan mengulas soal jodoh kerana belum ada lamaran daripada pihak lelaki.

Kata Emma, tidak manis memperkatakan benda yang belum pun berlaku.

Jika benar perkhabaran terbaru ini, Sha harap baik Emma mahupun Zizan bahagia dengan jalan dipilih. Barangkali itu yang terbaik buat mereka, tetapi jangan pula sampai bermusuh. Putus cinta tak bermakna putus sahabat.

Barangkali mereka lebih sesuai sebagai kawan. Soal apa punca perpisahan itu dan benarkah Emma kini kekasih Kamal, hanya tuan punya diri dapat menjawab. Kita nantikan penjelasan daripada Emma, Zizan dan juga Kamal. - Sumber: CAK (METRO)

Kalau kisah ini benar maka kecewalah ribuan peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang ingin melihat pasangan ini bersatu di atas pelamin. Apapun kita tunggu penjelasan mereka nanti.

UPDATE: Baca penjelasan Emma dan Zizan (DI SINI)


0 comments:

Post a Comment