08:58 0

1000 Downline Rugi Labur MLM, Eira Syazira Dan Azad Nafi Lesap Duit


1000 Downline Rugi Labur MLM, Eira Syazira Dan Azad Nafi Lesap Duit


Pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jasmin membuat sedikit kenyataan memberitahu mereka berdua sudah tiada kaitan dengan Rania Marketing (syarikat Multi Level Marketing, MLM).

Ini ekoran ada beberapa rungutan dari downline-downline mereka yang rugi apabila melabur di dalam MLM tersebut.

Ini komen Eira Syazira:

“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi.

“Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,”

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat.

“Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,”

Selain orang awam, perniagaa itu turut disertai oleh beberapa selebriti lain seperti Keith Foo, Zizie Ezette dan Shaheizy Sam.

Syarikat MLM Rania Marketing dikatakan adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani. - UTUSAN


0 comments:

Post a Comment