12:02 0

Ainan Tasneem Dikatakan "Bermesra" Dengan Kekasih Dalam Kereta


Ainan Tasneem Dikatakan "Bermesra" Dengan Kekasih Dalam Kereta


Penyanyi Ainan Tasneem telah dituduh bermesra-mesraan dengan kekasihnya di dalam kereta Honda Jazz biru. Laporan sebuah akhbar itu mengatakan ada seorang pengririm email yang menceritakan kejadian tersebut.

Ainan Tasneem keluar dari kedai makan bersama kekasihnya berpegang tangan dan kemudian memasuki kereta untuk bermesra hampir selama 45 minit.

Ainan Tasneem telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini. Jom baca komen Ainan Tasneem di bawah: (via mStar)

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata,"

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesraan' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal,"

"Jika benar saya berkelakuan tidak senon0h mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah,"

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak."

Sementara itu Ainan Tasneem telah memuat artikel tersebut di laman sosial dan memberi komen yang panjang lebar.



Ini tulisnya:

Astaghfirullahalazim.. Mengucap panjang ja baca artikel ni. Siap boleh tersenyum lagi. Haha. Seriously awk si penyebar fitnah? Kalau betul lah cerita ni kann.. Kalau betul sangat apa yg awk tulis kt email ni..Awk nampak sy berpegangan tangan, dan buat benda tak elok 45 min dalam kereta dan awk perhatikan sy slama sejam hanya utk tgk sgala kelakuan sy, kenapa awk tak tangkap gambar je awkk?? Kenapa tak record ja video bagi satu malaysia tengok?? Hahaha. Sbb cerita awk tak betul kan? Kenapa berani hantar email ja dekat wartawan utk burukkan nama sy tnpa sbarang bukti?

Dannnn kalau betul cerita yg awk ckp ni betul, kenapa awk tak terjah sy disaat sy sedap2 berpegangan tangan dengan lelaki sy tu supaya sy realize yg sy brada di dunia nyata sebenarnya? Knp ya? Knp gigih awk stay dan tengok sgala aksi sy hanpir sejam kononnya tanpa tgkap sbarang bukti dan lepas tu hantar email supaya keluar di surat khabar? Awkkk... Sy mmg la bukan artis yg popular, tp dekat perlis tu boleh dikatakan ramai la yg kenal sy ramai yg tegur sy stiap kali bjumpa.. Gigih pulak sy nk burukkan imej sy sendiri di hadapan khalayak ramai? Sy ni ada maruah awk.. Sy mesti la nk jaga imej sy dan maruah keluarga sy.. Allahh.. tkpe la sy doa yg baik2 je utk awk.. Sy tatau knp awk benci sgt kat sy smpai kena buat cerita mcm ni, terima kasih.. Byk pahala sy.. 

Alhamdulillah :) ehhh ke awk saja nak naikkan nama sy disaat2 tengah pemilihan utk ABPBH ni? Pandai awk plih masa ya. Awk saja nak bg nama saya tercalon dalam snarai artis penyanyi wanita popular ke? Hahaha burnnn!



0 comments:

Post a Comment