11:33 1

AKHIRNYA KANTOI: Zamani Slam Ditangkap Miliki Heroin

Zamani Slam Ditangkap Miliki Heroin


Penyanyi yang mempunyai vokal mantap, Zamani Slam telah ditahan dirumahnya dan dipercayai positif bahan terlarang jenis Heroin.

Zamani Slam telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun bernama Juliana yang turut positif jenis Meth kira-kira pukul 12.30 pagi Rabu.

Zamani Slam kini telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal, satu paket plastik disyaki Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di atas katil di dalam salah sebuah bilik dikediaman penyanyi itu.

Setelah disoal siasat, Zamani akhirnya mengaku telah terlibat dalam aktiviti penagihan selama 10 tahun. Zamani Slam juga mendedahkan dia membeli barang tersebut dari seorang bernama Azron.

Zamani merupakan vokalis kumpulan Slam yang popular dengan lagu seperti Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling, Jika Kau Rasa Getarnya dan banyak lagi.

1 comments: