Searching...
12:09 0

Alyah Mengamuk Langgar Kereta Ramli MS


Alyah Mengamuk Langgar Kereta Ramli MS


Melalui akhbar Harian Metro, penyanyi Alyah mengaku telah melanggar kereta mewah milik Ramli MS ketika pergaduhan tempoh hari.

Pertelingkahan tentang seorang wanita lain bernama Siti hafilah menyebabkan Alyah terlalu marah dan gagal mengawal emosi.

Ini komen Alyah:

“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,”

Kejadian perlanggaran kereta berlaku di depan kediaman mereka. Dikatakan kerugian sebanyak RM 11 ribu terpaksa ditanggung Alyah dan Ramli MS untuk membaikpulih kereta yang rosak.


0 comments:

Post a Comment