13:40 0

Angah Raja Lawak Cerita Kisah Cintanya Bersama Tunang, Wawa


Angah Raja Lawak Cerita Kisah Cintanya Bersama Tunang, Wawa


Umum mengetahui Angah Raja Lawak kini dah bertunang dengan pilihan hati bernama Amirah atau Wawa pada 18 januari yang lalu (gambar pertunangan Angah Raja Lawak: DISINI).

Ramai nak tahu kisah cinta Angah Raja Lawak ini, bagaimana dan bila berkenalan dan apa yang istimewa tentang si dia.

Ini komen Angah Raja Lawak:

"Saya mula berkenalan dengan Wawa ketika diundang menjadi pengacara majlis oleh kedua-dua ibu bapanya dua tahun lalu. Saya tidak bersendirian sebaliknya bersama kumpulan Tauke dalam majlis yang berlangsung di rumahnya itu.

"Saya terpikat dengannya kerana dia sentiasa mengambil berat mengenai diri ini. Selain itu, saya juga selesa dengan layanan seluruh anggota keluarganya sepanjang saya berkawan dengan Wawa.

"Justeru, selepas mengenali hati budi masing-masing, kami sepakat untuk melangkah ke fasa pertunangan pula," 

"Walaupun sudah lama menduda, saya juga tidak serik untuk berkahwin lagi. Anak perempuan saya Nurrina Fassha, 12, dan dia juga tidak ada masalah menerima Wawa dalam hidup kami sekeluarga," katanya.

"Alhamdulillah, majlis pertunangan kami juga berjalan lancar seperti direncanakan. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan sehinggalah tibanya hari bersejarah kami kelak," 

Sementara itu, Angah memberitahu mereka merancang untuk disatukan dan bernikah pada hujung tahun ini. Kata Angah, ia bakal berlangsung pada Disember 2015.

"Mengikut perancangan, majlis pernikahan kami akan berlangsung di Melaka dan Johor. Dari segi konsep dan tema pula semuanya masih dalam perbincangan lagi,"

Sumber: http://www.hmetro.com.my


0 comments:

Post a Comment