Apa Nak Jadi Dengan Jozan? Jom Baca Komen Khas Johan Tentang Kontroversi Zizan
Melalui laporan portal Rotikaya, Johan berkata lambakan kontroversi panas yang melanda pasangannya dalam kumpulan Jozan iaitu Zizan Razak langsung tidak menjejaskan jenama dan nama kumpulan duo itu.Jelas Johan Raja Lawak, mereka berdua masih bersama sebagai Jozan dan Johan telah menganggap mereka berdua sebagai adik beradik.
Ini komen khas dari Johan tentang Zizan:
“Dia antara kawan yang sudah dianggap sebagai adik-beradik. Dia sudah besar dan matang dalam hala tuju kehidupannya. Mungkin orang sudah tidak nampak kami bersama di kaca TV disebabkan komitmen lain, tetapi kami masih membuat private show bersama apabila diundang”
“Dalam setiap persembahan Jozan, kelemahan saya dia tutup dan begitu juga dengannya, boleh dikatakan kami ini melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Jozan. Lagipun saya ada perancangan untuk membuat persembahan kepada peminat-peminat Jozan tidak lama lagi cuma masih dalam mencari masa dan tarikh yang sesuai,”
Sementara itu Jozan mungkin akan mengadakan showcase khas buat peminat setia mereka. Jozan juga akan menjadi pengacara bersama Anugerah meletop Erayang akan berlangsung pada 22 Februari ini.
Ramai berharap mereka berdua akan menyertai semula pertandingan Maharaja Lawak Mega di musim akan datang.
Jom baca berita artis terkini : DI SINI
0 comments:
Post a Comment