Awie Anak Derhaka, Ralat Tak Jaga Ibu
Awie mengaku dan menggelar diri sendiri anak derhaka kerana baginya dia belum cukup baik dalam menjaga ibunya. Ibu Awie baru sahaja meninggal pada bulan Disember 2014 akibat komplikasi penyakit tua.
Awie juga tidak terlalu meratapi pemergiaan ibunya kerana mengambil ikhtibar ketika dia meratapi pemergian bapanya sehingga sasau.
Awie juga bertekad memberi sinar dan cahaya baru kepada keluarganya, baginya kekasihnya kini adalah anak-anaknya.
Ini komen Awie: (gua)
"Saya ralat kerana arwah emak menjaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja. Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana sebab itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak saya baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya.
"Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hamper empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut,”
“Penderitaan itu yang memberi kesedaran kepada saya dan saya bertekad untuk memberikan sinar baru dalam keluarga saya tanpa duka cita. Saya tahu banyak pihak mempunyai tanggapan negatif terhadap saya namun ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada saya kerana sudah lali dengan perkara itu.
"Malah arwah bapa juga turut berpesan kepada saya untuk menjadi diri sendiri dan perkara itulah yang menjadikan saya sebagai diri saya sendiri hingga ke hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada kata-katanya itu yang menjadi kata-kata semangat buat diri saya,”
0 comments:
Post a Comment