12:30 0

Azwan Ali Komen Bakal Jadi Pengacara Melodi, Akui 2 Hos Melodi Gagal


Azwan Ali Komen Bakal Jadi Pengacara Melodi, Akui 2 Hos Melodi Gagal


Ramai yang tahu 2 orang pengacara pengganti Zizan iaitu Zulin Aziz dan Sherry Alhadad telah pun membuat kenyataan bahawa khidmat mereka sebagai hos Melodi berakhir disebabkan isu tamat kontrak.

Kini ramai pula yang mengtakan Azwan Ali sebagai ganti hos rancangan hiburan yang popular itu. Ini komen panjang lebar dari Azwan Ali (murai)

"Aku nak jadi hos Nona atau Wanita Hari Ini (WHI), kau mampu,"

"Saya tidak ada kena-mengena dengan isu ketiadaan mereka di dalam Melodi. Tolong hormat dengan apa jua keputusan yang dibuat sendiri oleh pihak TV3. Dan, berita yang disebarkan oleh bloggers-bloggers yang kononnya Azwan Ali bakal jadi hos baru Melodi TV3 adalah satu bidaah.

"Saya memang ada ke TV3 berpuluh kali, malah dalam bulan ini pun saya masih jejakkan kaki ke sana, tetapi sebab apa...biarlah rahsia (dalam mode nada Dato' Siti Nurhaliza).

"Melodi adalah sebuah program yang pernah mendapat sentuhan saya sebagai penerbit sewaktu zaman Fauziah Dato' Ahmad Daud mencipta kegemilangannya sebagai hos yang berkarektor. Sampai bila-bila pun saya tetap akan abadikan memori yang cukup manis itu.

"Walaupun saya tidak pernah diberi kepercayaan oleh TV3 untuk mengemudi Melodi sebagai hos, saya sentiasa reda sebab TV3 berhak memilih sesiapa yang mereka inginkan.

"Namun begitu, permintaan daripada berbilion peminat serta penyokong setia termasuk rakan-rakan artis di Twitter serta Instagram yang mahukan saya memgambil alih Melodi, amat menyentuh hati. Malah, apabila saranan mereka yang tidak henti-dhenti di kedua-dua laman sosial ini, air mata saya menitis, kerana saya beranggapan ianya adalah satu penghormatan yang cukup besar buat diri saya.

"Saya akui 2 hos baru Melodi agak gagal dan saya sendiri ada menyuarakan perkara tersebut kepada Michelle selaku penerbitnya secara direct. Tetapi, pada waktu yang sama, saya tiada ada kena-mengena dengan ketiadaan mereka.

"Kepada haters-haters yang boleh dibilang dengan jari dan sentiasa panas punggung dengan Azwan Ali, tolong hentikanlah menyalak dengan mengatakan kononnya saya tidak layak jadi hos Melodi.

"Apapun, pada tahun 2015, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan Media Prima dan saya terima apa pun jawatan saya nanti. Thank you kepada Tan Sri Johan Jaafar (JJ) kerana amat menghormati seseorang yang bernama Azwan Ali. Dialah orang pertama yang menjawab ucapan Selamat Tahun Baru 2015 daripada saya,"

Itulah jawapan dari Azwan Ali tentang isu rancangan Melodi.


0 comments:

Post a Comment