12:44 0

Babak Itu Tidak Lucah - Aaron Aziz

Bukan Perbuatan Lucah - Aaron Aziz

Menerusi filem terbaru terbitan Astro Shaw yang terbaru iaitu, Suamiku Encik Perfect 10! yang menampilkan pelakon popular Aaron Aziz bergandingan dengan  jelita Lisa Surihani telah menafikan babak beliau yang memegang bra ataupun pakaian dalam wanita bukanlah sesuatu yang lucah.

Aaron juga menjelaskan bahawa babak tersebut bukanlah babak yang suka-suka di wujudkan dalam filem Suamiku Encik Perfect 10!

Aaron menyatakan bahawa babak tersebut lebih kepada pengetahuan tentang wanita mengandung  yang mempunyai pelbagai peringkat emosi ketika hamil.

Tegas Aaron lagi, watak tersebut merupakan satu kelainan apabila Zarif ( Aaron) dan Aleeya ( Lisa)
bertemu didalam kapal terbang dari London ke Malaysia. Pertolongan yang diberi pada Aleeya telah menimbulkan bibit cinta antara mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Suamiku Encik Perfect 10! di pawagam berdekatan anda.



0 comments:

Post a Comment