Bade Dedah Pengalaman Hidup Berpoligami Bersama Erma Fatima Dan Aida
Pengarah hebat, Bade telah bercerita tentang hidup berkahwin dua. Bade merupakan suami kepada Erma Fatima dan telah berkahwin dengan Aida.
Bade juga telah dikurniakan seorang anak lelaki bersama Aida bernama Jihad. Jom ikuti temubual Bade tentang hidu berpoligami.
BUKAN HAL MENYERONOKKAN
"Ada isteri dua, tanggungjawab lagi besar. Ia bukan hal yang menyeronokkan seperti yang orang bayang atau keindahan dapat memperisterikan bini muda. Tak mudah untuk mempunyai dua isteri pada masa yang sama. Kita kena bertanggungjawab kepada mereka.
ERMA SYOR KAHWIN LAGI
"Erma sebagai isteri pertama tahu semua perkara dari A hingga ke Z termasuk mengenai isteri kedua. Saya sendiri selama berkahwin dengan Erma sentiasa tulus. Dia sendiri yang mengesyorkan saya berkahwin lagi.
"Usaha saya sebagai suami untuk mendekatkan isteri pertama dan kedua sekali gus dapat menerima antara satu sama lain. Rumah isteri pertama dan kedua pun tak jauh. Kebahagiaan mutlak saya ialah apabila mereka dapat bersatu dan berbaik hingga akhir hayat,"
JADUAL DAN GILIRAN ISTERI-ISTERI
"Selalu dan kebiasaannya sehari rumah Erma dan sehari kemudian di rumah Aida. Begitulah seterusnya. Cuma ia tak tetap. Jika apa-apa terjadi di rumah mana-mana isteri contohnya anak sakit atau ada kenduri kendara, saya mungkin mengubah suai giliran bermalam.
"Ada kalanya ia boleh jadi dua malam di rumah Erma dan tiga malam di rumah Aida. Saya tak berkira dan isteri pun begitu juga. Dengan tanggung jawab ini, ada kalanya isteri turut bertanya masa saya sendiri pula bila.
ERMA DAN AIDA TIADA MASALAH
"Dari awal perkahwinan kedua, Erma pun tak ada masalah dengan Aida. Jadi mereka boleh bertolak ansur. Saya sebenarnya kadang-kadang terdetik dan tabik dengan lelaki yang boleh berkahwin hingga empat orang tetapi boleh urus masa dengan baik,"
"Bukan senang untuk masing-masing menerima kekurangan dan kebaikan. Semuanya mengambil masa. Saya sendiri tak pernah suruh atau memaksa Erma contohnya untuk datang ke rumah Aida. Ia hadir dengan inisiatif masing-masing,"
TAK SANGKA DAPAT ANAK
"Rasa macam mimpi di usia saya sekarang mendapat zuriat. Tapi sebelum ini saya sentiasa berdoa dikurniakan zuriat dan Alhamdulillah ia dimakbulkan. Sejujurnya saya tak pernah terlintas akan terfikir keajaiban ini di usia selewat saya.
"Saya selalu berfikir sebagai hambanya kita sentiasa berdoa meminta apa saja daripada Pencipta. Doa itu dalam pelbagai bentuk. Anak kami ini pun hanya pinjaman saya. Saya sendiri pun selalu cakap dekat isteri, semua hanya pinjaman dan kita hargailah selagi bernyawa,"
sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment