09:47 0

Respon Siti Nurhaliza Apabila Ramai Tak Puas Hati "Apa Khabar" Menang AJL29


Siti Nurhaliza Respon Apabila Ramai Tak Puas Hati "Apa Khabar" Menang AJL29

Penyanyi legenda, Dato Siti Nurhaliza telah memberi respon ekoran ramai yang tidak suka dan mempertikaikan keputusan juri apabila lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone memenangi Anugerah Juara Lagu 29.

Di laman Instagram miliknya,Siti Nurhaliza telah repost kenyataan dari Rozi (PA, pengurus & kakak ipar Siti Nurhaliza) dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Ini kenyataa penuh dari Rozi:

Masyarakat kita harus difahamkan semula bahawa AJL adalah penilaian kepada lagu dan lirik. Jangan nilai dgn minat dan telinga kita saja, juri menilai seluruh aspek komposisi, teknikal dan keseluruhan ttg penghasilan lagu tersebut. Bagi persembahan live pula, juri mengambilkira sebahagian ttg lagu berdasarkan persembahan live serta menilai penyanyi atau artis dari segi vokal dan persembahan. 

Vokal juga dinilai dari beberapa aspek-tak semestinya kita nyanyi tinggi kita layak...tak semestinya kita dapat tepukan gemuruh kita tak sumbang. Bila kita cuba bercakap dan menjadi suara wakil ketidakpuasan hati..kita melulu..kita kena ada sekurang2nya sedikit ilmu atau tahu. 

Maaf ya teman2..soal menang atau kalah ni kita kena berbalik pada rezeki. Atau sekurang2nya kita adil utk mendengar dan menilai bait2 pengucapan dalam Apa Khabar-sekurang2nya..bukan kerana lagu itu bkn genre pilihan dan hip hop atau rap tak pernah menang di AJL..kita menafikan karya mereka.

Ini pula tulis Siti Nurhaliza setelah share dan repost kenyataan Rozi:

Well said!! Siapa yg lama dlm industri,dia akan faham sendiri..

Biasalah tu, adat bertanding, ada kalah dan ada menang. Juri ada cara permarkahan tersendiri untuk menilai. Best apa lagu "apa khabar" tu.



0 comments:

Post a Comment