Saari Amri Jelaskan Kaitan Zamani Dengan Siti Nurhaliza
Komposer Saari Amri tampil menjelaskan satu status yang mengaitkan Zamani dengan Siti Nurhaliza.
Status dari Saari Amri sebelum ini telah menjadi tumpuan. Status di facebook itu berbunyi "Siti Nurhaliza tahu kenapa Zamani jadi macam tu".
Bercakap kepada Malaysian Digest, Saari Amri memberitahu dan menjelaskan lebih lanjut tentang statusnya sebelum ini.
Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.
Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.
Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.
Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu.
Itulah penjelasaan Saari Amri. Mungkin dahulu ada kisah cinta antara Situ Nurhaliza dan Zamani. Tapi itu dulu, kini Siti Nurhaliza dah bahagia bersama Dato K.
0 comments:
Post a Comment