21:14 0

Shuib Terpaksa Teruskan Maharaja Lawak Mega 2014 Tanpa Jep

Shuib Terpaksa Teruskan Maharaja Lawak Mega 2014 Tanpa Jep


Hari ini akan berlangsung pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Tema untuk minggu ini ialah Seram. Sememangnya ini memang menyeramkan buat Shuib Sepahtu apabila terpaksa beraksi secara solo pada malam ini.

Ini kerana Jep Sepahtu sedang mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat bersama-sama membuat persembahan dengan Shuib.

Ini penjelasan dari Shuib sendiri:

As salam semua..minggu ini tema seram...mmg seram...utk makluman semua,jep tidak dpt beraksi mlm ini atas masalah kesihatan yg mmg tidak mengizinkan...Jadi sy sorang yg akan membuat persembahan malam ni...doakan sy...doakan jep cepat sembuh dan support sepahtu....sy akan cuba buat yg terbaik #minggutanpajep #maharajalawakmega2014

Isteri Shuib, Siti Sarah turut memberi kata-kata semangat suaminya itu agar membuat yang terbaik secara solo tanpa Jep.

Jangan lupa saksikan MLM 2014 pada malam ini. Kepada peminat Sepahtu, jom beri sokongan kepada Shuib dan juga doakan Jep cepat sembuh.

Pemain Fantasy Premier League Sila KLIK SINI






0 comments:

Post a Comment