23:20 0

Tahniah! Lisa Surihani Sah Hamil


Tahniah! Lisa Surihani Sah Hamil


Akhirnya segalanya terungkai. Yusry KRU dan isterinya Lisa Surihani mengumumkan dan mengesahkan Lisa Surihani kini hamil anak pertama mereka.

Selain itu Lisa Surihani juga turut mengesahkan berita itu sewaktu sidang media pelancaran trailer Cicakman 3.

Lisa Surihani berkata sebelum ini beliau tidak mahu menghebahkan perkara ini kerana masih di peringkat awal kehamilan.

Namun Yusry menafikan spekulasi yang mengatakan mereka berahsia kerana terikat dengan kontrak eksklusif bersama stesen TV tertentu, cuma segalanya masih terlalu awal.

Ini komen Yusry KRU:

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,”

Untuk pengetahuan Lisa Surihani dan Yusry KRU berkahwin pada Februari 2012. Tahniah buat pasangan ini! Tak sabar nak tunggu baby Lisa Surihani ni.

0 comments:

Post a Comment