13:23 0

Yassin SYJ Tertekan Dengan Isu Hutang Sehingga Barang Dilelong

Yassin SYJ Tertekan Dengan Isu Hutang Sehingga Barang Dilelong 


Pelawak Yassin Yahya merupakan ahli kumpulan Senario dan juga SYJ. Baru-baru Yassin ada mengejutkan orang ramai apabila rumahnya dikunci dan barang dilelong kerana gagal membayar sewa rumah.

Dari laporan mStar, Yassin dikatakan amat tertekan dan hanya bersedia memberi kenyataan selepas isu tertunggak hutang sewa rumah lebih RM30,000 itu selesai.

Isteri Yassin, Farah Wahida berkata, suaminya memerlukan sedikit masa untuk berdepan dengan pihak media dan tertekan dengan kejadian itu.

Namun tambah isteri Yassin, dia dalam proses untuk menyelesaikan hutang tersebut dengan pihak tuan rumah secara baik.

Ini komen isteri Yassin:

“Kami memang memilih untuk tidak beri apa-apa kenyataan buat masa ini dan Insya-Allah apabila semuanya sudah selesai dia (Yassin) akan buat satu sidang media dalam masa terdekat ini.

“Sekarang dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik,”

“Ya, keadaan dia sihat cuma agak sedikit tertekan dengan perkara ini dan belum bersedia untuk bertemu dengan sesiapa.

“Tentang tunggakan itu ada sedikit salah faham antara kami dan tuan rumah dan ia sedang diselesaikan secara baik,”

Yassin dikatakan gagal membayar sewa rumah sebanyak RM1,450 sebulan menyebabkan tuan rumah berkenaan bertindak mengunci pintu rumah dan melelong segala barangan milik pelawak itu.

BACA JUGA: Pendedahan mengejutkan Dari Ezad Exist (Lihat Sini)


0 comments:

Post a Comment