Searching...
08:57 1

Aiman Hakim Redza Dan Fathia Latiff Putus Cinta


Aiman Hakim Redza Dan Fathia Latiff Putus Cinta


Nampaknya hubungan pasangan selebriti Aiman Hakim Redza dan juga Fathia Latiff telah berakhir dan terputus.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Fathia Latiff. Ini komennya:

“Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang,”

“Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya”

“Kini, saya berbalik kepada soal jodoh dan saya tidak akan pernah memusuhinya,” 

Pasangan ini telah bercinta selama 2 tahun. Namun fathia enggan mengulas lebih lanjut tentang punca perpisahan mereka.

Sumber: Kosmo


1 comments: