11:01 0

Ezad Exist Dedah Punca Ambil Barang Terlarang, Dituduh Reka Cerita


Ezad Exist Dedah Punca Ambil Barang Terlarang, Dituduh Reka Cerita


Ezad Lazim atau dikenali sebagai Ezad Exist terkilan dan kecewa apabila ada pihak menuduh dia sengaja mereka cerita kononnya menghidap diabetes bagi menyembunyikan kisah di sebalik berat badannya susut akibat najis barang terlarang.

Ezad Exist berkata dia sememangnya mempunyai masalah diabetes sejak lima tahun lalu. Ezad juga berkata, pada awalnya antara punca dia mengambil bahan terlarang itu apabila ada pihak memberitahu ia mampu memulihkan penyakit kencing manis.

Ini komen Ezad Exist: mStar

"Saya tidak pernah menipu apabila memberitahu saya sakit dan badan saya kelihatan kurus kerana kesan penyakit diabetes sebaliknya kerana pengambilan dad*h ketika itu.

"Sehingga kini saya masih mengambil ubat-ubatan bagi mengawal kandungan gula dalam darah," 

"Saya sedar tindakan tanpa berfikir panjang itu telah membawa padah kepada saya namun saya bersyukur ditahan kerana jika tidak mungkin saya hanyut terlalu jauh," 

Ezad Exist telah mengaku salah kerana memiliki barang terlarang dan hukuman akan diberikan pada 10 februari 2015 akan datang.


0 comments:

Post a Comment