Searching...
09:22 0

Isteri Ezany Buat Hal Lagi


Isteri Pelakon Ezany Buat Hal Lagi

Pelakon Ezany Nizariff kini sedang mengalami masalah rumah tangga. Anda boleh baca kisahnya dengan isteri di artikel  Di SINI

Isterinya itu kini di katakan membuat hal lagi. Pelakon lelaki Ezany Nizariff kemungkinan mendapat hak penjagaan anak kerana isterinya Lizda Nuryanti gagal menghadiri kes sebanyak 3 kali di Mahkamah Syariah.

Kes permohonan penceraian difailkan sendiri oleh Lizda isteri Ezany di Mahkamah Rendah  Syariah Petaling Jaya.

Ini komen Ezany: (via Murai)

“Pihak mahkamah telah gugurkan kes itu dan tindakan susulan waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya Lizda gagal menghadiri mahkamah sekali lagi pada bulan hadapan.

“Waran tangkap amat perlu sekiranya hak penjagaan anak saya yang dapat setelah keputusan mahkamah dibuat, maka pihak polis akan mencari Lizda untuk tindakan susulan,”

Dalam pada itu, dia akui penat dengan permainan Lizda yang memperlekehkan undang-undang tanpa sebarang rasa bersalah.

“Saya pun tak faham, kenapa Lizda bertindak sedemikian rupa. Tolonglah jadi profesional  untuk selesaikan kes ini supaya masing-masing boleh bawa haluan.

“Baru-baru ini saya menerima sms yang sinis dan biadap daripada Lizda apa yang saya boleh buat ialah ‘forward’ kepada peguam dan pihak polis, biar mereka lakukan kerja mereka,” 

Semoga Ezany Nizariff tabah menghadapi dugaan duniawi ini.


0 comments:

Post a Comment