09:37 0

Jep Sepahtu Tolak Tawaran


Jep Sepahtu Tolak Tawaran


Jep Sepahtu akui pernah menolak tawaran lumayan dari sebuah stesyen tv untuk hak eksklusif sebagai artis residen.

Jep menolak kerana dia bukan kejarkan wang semata-mata. Tambah Jep, dia kini sudah mampu hidup selesa bersama keluarga.

Baca juga: Gambar Anak UAI Yang Comel
(KLIK SINI)

Jep hanya lakukan perkara yang dia minat dan suka sahaja. Jep berkata, dia tidak boleh untuk hidup dalam keadaan tertekan terutamanya apabila timbul terlalu banyak gosip dan berita tentang dirinya.

Ini komen Jep: (mstar)

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," 

"Hidup saya simple, saya selalu berada di kampung saya di Kulai (Johor) dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong, itu pun saya hanya berada di rumah sahaja.

Sementara itu, Jep memberitahu tidak mempunyai ramai teman rapat, hanya dua orang sahaja.

 "Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain-lain itu hanya kawan biasa," 

"Kalau ada yang cemburu dan buat cerita buruk tentang saya, saya nasihatkan agar mereka bersabar. Hidup ini macam roda dan saya akan turun sendiri, tidak perlu jolok-jolok saya," 




0 comments:

Post a Comment