14:16 0

Kos Pembedahan Hidung Baru Ajai Berharga RM28 Ribu


Kos Pembedahan Hidung Baru Ajai Berharga RM28 Ribu

Ajai akui telah membuat pembedahan hidung dengan kos rawatan mencecah sehingga RM 28 ribu. Namun Ajai membuat pembedahan hidung itu bukan kerana suka-suka tetapi bersebab.

Ini kenyataan dari Ajai: (kosmo)

"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

"Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

"Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang"

"Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang. Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung. Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti."

"Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini".

Kalau kerana kesihatan dalam Islam sendiripun membenarkan pembedahan. Sementara itu tubuh Ajai juga semakin sasa. Ajai memberitahu dia kini kerap ke gimnasium untuk bersenam.


0 comments:

Post a Comment