23:00 3

Krabi, Destinasi Percutian Unggul Dari Bahtera Kembara Holidays


Pakej Percutian Murah Ke Krabi


Nak bercuti tapi bajet kurang? Jangan risau! Segalanya ada di Bahtera Kembara Holidays . Terdapat banyak pilihan destinasi pakej percutian yang mampu milik bagi semua golongan dan yang paling best syarikat ini di miliki oleh 100% bumiputera.

Baru-baru ini pemilik syarikat Bahtera Kembara Holidays telah menjemput pihak Hotlips Corner untuk turut serta merasa keseronokan pakej percutian 3 Hari 2 Malam ke Krabi, Thailand bersama-sama pengunjung yang lain.

Seramai 36 orang termasuk admin Hotlips Corner telah mengikuti percutian ini. Perjalanan di mulakan di Rantau Panjang, Kelantan di mana ia merupakan sempadan Sungai Golok / Kolok, Thailand dengan menaiki bas ekspres dua tingkat.

Klik Di Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Saya Di Krabi (Klik Sini)

Hari  Pertama


Berkumpul di sempadan Rantau Panjang pada pukul 9 pagi ( waktu Malaysia ) - Sg, Kolok, Thailand dan masuk ke Imigresen Sg. Kolok, Thailand untuk semakan dan cop passport. Walaupun percutian ke Krabi ini dengan bas tetapi bukan bas ekspres biasa tau!

Bas ekspres ini lengkap dengan Pc Monitor, ruang bawah yang luas seperti bilik mini dan yang paling unik dan best boleh karaoke dalam bas! Tak lupa juga bas ini dilengkapi dengan Wifi. Jadi senanglah nak 'online' laman sosial ketika dalam perjalanan.

Lebih kurang pukul 10 pagi ( waktu Malaysia ) setelah selesai urusan di Imigresen kami bertolak ke Krabi. Kebanyakan penumpang (termasuklah admin sendiri ) kami tidak saling mengenali di antara satu sama lain. Sebelum ini kami hanya berhubung dengan aplikasi WhatsApp dan ternyata kami tidak berasa kekok apabila bersua muka.

Sekitar jam 2.30 petang ( waktu Thailand ) kami berhenti singgah makan tengahari dan juga solat di tempat yang diberi nama 'Nong Mai '. Makanan yang dijual disini merupakan makanan halal yang dijual oleh penduduk Muslim Thailand.

Setelah selesai menikmati juadah makanan tengahari, perjalanan kami di teruskan ke Hatyai pula. Lebih kurang setengah jam dari Nong Mai kami sampai di Hatyai. Kami semua  dibawa oleh Tourist Guide dan En. Afiq, selaku pemilik syarikat Bahtera Kembara Holidays ke tempat membeli belah .


Sememangnya Hatyai cukup popular dengan pusat membeli belah yang menyediakan pakaian dan barangan yang murah. Selain itu, kami semua berpeluang menyaksikan perarakan sambutan Tahun Baru Cina di hadapan Grand Plaza Hotel yang cukup meriah. Disini juga terdapat Muzium Trick Art yang boleh dilawati.

Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang ada disekitar laluan Grand Plaza Hotel termasuklah Pulut Mangga yang amat sinonim dengan Thailand. Sempat juga Admin mencuba Pulut Mannga hanya berharga 50 Bath sepinggan.

Tepat jam 7.30 malam ( waktu Thailand ) kami singgah sebentar di Restoren Kelantan, Hatyai untuk solat dan menikmati juadah makan malam  yang disediakan secara berhidang. Setelah selesai makan malam pada jam 8.30 malam ( waktu Thailand ) kami meneruskan perjalanan ke Krabi.

Setelah menempuh 4 jam perjalanan dari Hatyai ke Krabi maka kami pun tiba di City Hotel Krabi pada pukul 12.30 pagi ( waktu Thiland ).

Klik Di Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Saya Di Krabi (Klik Sini)

Hari Kedua


Kami berkumpul di lobi hotel pada pukul 6.30 pagi ( waktu Thailand ) dan bersiap sedia untuk bersarapan sebelum memulakan aktiviti pada hari itu. Kami bersarapan di kedai Bangnara Roti & Coffee @ Krabi.

Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan antara yang popular adalah nasi kerabu, nasi dagang dan juga roti canai. Setelah selesai bersarapan kami ke lokasi mercu tanda Krabi, iaitu ketam tembaga untuk sesi bergambar. Tak sah datang Krabi kalau tak bergambar disini.

Perjalanan di teruskan ke Aonang Beach dan berkumpul disana pada pukul 9.30 pagi ( waktu Thailand ) dan bertolak ke Phi Phi Island dan snorkeling trip. Antara tempat yang kami lawati ialah Bamboo Island, Viking Cave, Loh Samah Bay, Pileh Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don, Hing Klang dan Maya Beach.

Lebih kurang jam 5 petang ( waktu Thailand )setelah selesai dengan aktiviti snorkeling kami kembali ke Aonang Beach dan bersiar-siar di sekitarnya. Terdapat banyak deretan kedai cenderahati mahupun kedai makanan.

Jika ke Krabi wajib mencuba pancake yang cukup popular disini, sekali cuba pasti nak lagi! Harga bagi Banana Pancake + Nuttella sepiring 60 Bath. Kami juga sempat merakamkan gambar dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Aonang Beach sekitar jam 6.45 petang ( waktu Thailand )

Pada jam 8 malam ( waktu Thailand ) kami kembali ke bandar Krabi untuk makan malam dan singgah di Restoren Abdullah Halal yang terletak tidak jauh dari City Hotel Krabi. Setelah selesai makan malam kami bersiar-siar dan membeli belah di Night Market Krabi yang cuma berhadapan dengan hotel.

Rugi kalau ke sini tanpa pergi ke Night Market. Banyak barangan dan makanan yang dijual disini. Night Market hanya dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Pelbagai cenderahati dijual dengan harga yang murah disini.

Lihat Di Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Saya Di Krabi (Klik Sini)

Hari Ketiga


Kami semua berkumpul di Lobi Hotel pada pukul 6.30 pagi ( waktu Thailand ) dan daftar keluar hotel serta menuju ke Bangnara Roti & Cofee @ Krabi untuk menikmati sarapan pagi.

Setelah selesai bersarapan kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Fossils Beach atau juga dikenali sebagai Susaan Hoi yang merupakan 'seashell graveyard' dan dianggarkan usia fossils disana berusia lebih 40 juta tahun yang lalu.

Sememangnya Fossils Beach ini sangat unik mempunyai pantai dan permandangan yang cukup indah. Jika anda terlepas membeli belah ole-ole, di sini juga  terdapat banyak pilihan buah tangan dan ada juga paling best ada mutiara.

Kami bergerak dari Fossils Beach dalam pukul 9.30 pagi ( waktu Thailand ) ke Floating Market, Hatyai. Perjalanan ini mengambil masa 2 jam 30 mimit  untuk sampai. Kami berhenti makan tengahari di Restoren Kelantan, Hatyai.

Dari Restoren Kelantan, Hatyai ke Floating Market pula mengambil masa dalam 25 minit untuk sampai. Keunikan yang terdapat disini ialah, segala urusan jual beli dilakukan didalam sampan yang terdapat di sepanjang sungai.

Jika di Malaysia aiskrim pasu mencetuskan fenomena disini pula ada minuman yang dijual didalam pasu dan juga buloh! Menarik bukan? Pertama kali Admin menikmati air laici didalam pasu tembikar. Tembikar dan juga buloh ini boleh dibawa pulang.


Harga bagi minuman dalam buloh dan juga pasu tembikar ialah sekitar 15-25 Bath secawan. Admin sangat teruja dengan keunikan makanan di  Floating Market. Kalau korang ke Hatyai jangan lupa singgah disini. Floating Market dibuka pada pukul 2 petang ( waktu Thailand ) dan pada hujung minggu sahaja.

Setelah selesai menjamu selera di Floatimg Market, kami bertolak pulang ke Rantau Panjang, Kelantan pada pukul 5 petang ( waktu Thailand ). Perjalanan dari sini mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai.


Kami tiba dengan selamat di Imigresen Sungai Kolok,Thailand ( sempandan Imigresen  Rantau Panjang ) pada pukul 9 malam  ( waktu Malaysia ). Bagi pandangan peribadi Admin sendiri tentang percutian ini sangat menarik dan berbaloi.

Walaupun Admin tidak mengenali sesiapa yang turut serta dalam trip ini ternyata Admin tidak berasa terasing malah sangat seronok kerana dapat mengenali rakan-rakan baru yang semuanya sangat happening dan sporting.

Lihat Di Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Saya Di Krabi (Klik Sini)

Terbuktilah bahawa walaupun bercuti bersama dengan orang yang tidak dikenali ia mampu  menjalinkan ikatan persahabatan dan  silatulrahim serta  jalinan akrab antara pegunjung lain. Ini semua atas  usaha pemilik syarikat Bahtera Kembara Holidays, Encik Afiq Iqbal yang menyatukan kami semua dan melayan kami sebagai suatu keluarga.

Harga bagi pakej percutian ke Krabi 3 Hari 2 Malam ini ialah seperti berikut :-

Pakej Dari Kuala Lumpur

Pakej All- In ( Gold )  : RM 650/ Pax
Pakej All- In ( Sliver ) : RM 620/ Pax
Pakej Tanpa Makan ( Gold )  : RM 570/Pax
Pakej Tanpa Makan ( Silver ) : RM 550/Pax

Pakej Dari Border ( Rantau Panjang / Bukit Kayu Hitam )

Pekej All- In ( Gold ) : RM 550/Pax
Pakej All- Inn ( Silver ) :RM 520/Pax
Pakej Tanpa Makan ( Gold ) : RM 480/Pax
Pakej Tanpa Makan ( Silver ) : RM 450/ Pax

Segala pertanyaan dan soalan berkaitan dengan pakej sila layari :-

Facebook : Bahtera Kembara Holidays
Email : bahterakembaraholidays@yahoo.com
Tel/Faks : 09-7900854, Hotline/ Whatapp : 019-4151375 ( En. Afiq Iqbal )

* Di sarankan telefon untuk sebarang pertanyaan dan respon yang cepat.

Jadi apa tunggu lagi? Jom rasai keseronokan bercuti bersama-sama Bahtera Kembara Holidays! Pasti puas hati dengan layanan dan servis yang disediakan. Berbaloi- baloi rugi tak ikut! Jangan lupa mention Hotlips Corner pasti En, Afiq bagi layanan istimewa punya.


Ditulis oleh: 
-Yuya Liyana-
www.instagram.com/yuyaliyana
www.twitter.com/yuyaliyana

3 comments:

  1. haritu baru balik krabi cny, tapi pergi dengan opismate, lagi mahal dari pakej ni.aduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi time CNY cuti, memey aa penuh org malaysia

      Delete
  2. dah whatapp tp x reply

    ReplyDelete