08:21 0

Mamat Khalid Kecewa Dengan Zizan Razak Dan Emma Maembong


Mamat Khalid Kecewa Dengan Zizan Razak Dan Emma Maembong


Pengarah filem Werewolf Dari Bangladesh iaitu Mamat Khalid kecewa apabila 2 bintang utama filem itu iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong  tidak hadir di tayangan perdana.

Walaupun kecewa namun Mamat Khalid tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan berharap kedua mereka tampil memberi penjelasan.

Ini komen Mamat Khalid: (Metro)

“Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan”

“Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini,” 

“Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan di aplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebayak promosi bagi filem ini. Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya,”

“Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing”

“Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka”

” Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka,”

Filem Werewolf Dari Bangladesh akan mula ditayangkan di pawagam pada minggu depan.


Baca Juga:


0 comments:

Post a Comment