Saiful Apek Dedah Punca Sebenar Dia Tak Nak Sertai Maharaja Lawak Mega
Punca Tak Sertai MLM
Baru-baru ini, kumpulan Senario yang diwakili Azlee ada membayangkan untuk menyertai Maharaja Lawak mega musim baru (Baca Kenyataan Azlee Di Sini).
Saiful Apek akhirnya menyatakan punca dirinya menolak menyertai Maharaja Lawak Mega. Apek akui ada menerima tawaran sertai MLM tetapi dia terpaksa menolak tawaran itu untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior di negara ini walaupun pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan.
Ini komen Saiful Apek:
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?
Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut, cukuplah tu,"
"Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seorang pelawak bukan di pentas MLM sahaja kerana ia hanya di pentas Astro dan ia bukan di pentas Malaysia.
"Orang yang melanggan Astro sahaja yang kenal pelawak tersebut, sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka,"
Pelawak Semakin Mewah
Saiful Apek menambah kini pelawak semakin dimanjakan dengan wang dan kemewahan tetapi mengkritik keadaan itu juga membuatkan jangka hayat seseorang pelawak yang dicipta di pentas program realiti itu tidak panjang.
Ini komennya:
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.
"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai,"
Luang Masa Dengan keluaraga, Buat Kerja Amal
Apabila ditanya tentang kehidupan Saiful Apek yang terkini dia berkata telah hadkan tawaran yang datang berikutan banyak meluangkan masa bersama keluarga.
Saiful Apek juga memberitahu, dia kini giat melakukan kerja amal dengan memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah.
Ini komennya:
"Alhamdulillah, hidup saya kini lebih terurus dan memang saya mengehadkan aktiviti saya di televisyen. Tetapi saya banyak buat kerja-kerja di luar seperti jemputan di sekolah-sekolah.
"Mereka jemput saya supaya bagi ceramah tentang kehidupan dan kepentingan keluarga dari sudut pendidikan. Saya rasa puas melakukan perkara itu walaupun tidak dibayar,"
Baca juga: Gambar Anak UAI Yang Comel
0 comments:
Post a Comment