10:49 0

Yana Samsudin Nikah 13 Februari Ini


Yana Samsudin Nikah 13 Februari Ini


Pelakon Yana Samsudin dan kekasihnya Fadzil Zahari akhirnya akan disatukan bulan ini. Mereka merancang pernikahan pada 13 Februari 2015, kira-kira 2 minggu lagi.

Dari beberapa sumber ada mengatakan bahawa mereka berdua bakal bernikah pada 13 Februari ini di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama.

Selain itu, Yana Samsudin turut akui telah dipinang Fadzil Zahari menghantar rombongan pada 14 Disember 2014.

Ini kenyataan Yana Samsudin: (via BHarian)

“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”

“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”

“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya,” 

Tahniah diucapkan kepada pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahar. Semoga perancangan dan persiapan akan berjalan lancar. Untuk yang tidak tahu, Fadzil Zahar merupakan adik kepada pelakon popular Farid Kamil.


0 comments:

Post a Comment