Adira Dah Bertunang, Rancang Nikah Bulan September
Penyanyi popular dan jega bekas juara Akademi Fantasia, Adira telahpun bertunang dengan Shahrul Nasrun pada Disember tahun lalu dan bakal bernikah pada September 2015.
Adira dan Shahrul telah melangsungkan majlis pertunangan pada 22 Disember tahun lalu yang diadakan di rumah Adira di Kundasang Sabah.
~18 Tahun Ke Atas (KLIK SINI)
Ini komen Adira ketika ditemubual di HLive:
"Majlis pertunangan saya diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh kedua- dua belah ahli keluarga, Alhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.
"Pertunangan ini diibaratkan sebagai tanda perhubungan kami, pernikahan kelak adalah pengukuh hubungan kami sebagai suami isteri,"
Tunang Adira, Shahrul turut mengumumkan bakal bernikah pada September walaupun pada mulanya Adira agak teragak-agak dan cuba merahsiakannya.
Majlis resepsi dirancang akan diadakan di Kota Bahru, Kuala Lumpur dan juga di Kota Kinabalu.
~18 Tahun Ke Atas (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment