18:42 0

Budak-Budak Melampau, Sering Beri Komen Lucah Kepada Nora Danish


Budak-Budak Melampau, Sering Beri Komen Lucah Kepada Nora Danish


Nora Danish kecewa dan risau apabila sering menerima komen negatif terutama yang berbaur lucah dan yang menjadi lebih kecewa, komen tersebut datang dari remaja dan juga kanak-kanak.

Ini komen Nora Danish: (mStar)

"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak.

"Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya,"

"Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon.

"Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen setiap hari dengan banyak,"

Nora Danish juga memuatnaik gambar ini:


Sememangnya kini kanak-kanak sudah terlebih advance dan mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat akibat pendedahan teknologi.

Tapi, teknologi ini ada baik dan juga buruknya, terpulang cara mendidik anak untuk menggunakannya.

PROMOSI: Promo Murah Baru Air Asia KLIK SINI

carian:
gosip, gosip artis, gosip nora danish, blog gosip, gosip terkini



0 comments:

Post a Comment