Erin Malek Kecewa Dengan Penyebaran Gambar Kandungannya
Erin Malek baru-baru ini disahkan sedang hamil anak kembar apabila gambar scan kandungan nya tersebar.
Bagaimanapun, pelakon ini sebenarnya agak sedih dan kecewa dengan penyebaran gambar kandungannya tersebut.
Erin Malek sebenarnya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sedangkan dia hanya berkongsi mengenai gambar itu bersama keluarga terdekat sahaja.
Ini komen Erin Malek: (SinarHarian)
"Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.
"Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini,"
"Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup.
"Sekarang saya lebih banyak mendiamkan diri dan tidak memikirkan sangat perkara tersebut," katanya bersyukur dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
"Kami memang tidak pernah merancang bila hendak mempunyai anak. Tahu-tahu sahaja ALLAH sudah aturkan semua ini.
"Paling menggembirakan saya hamil anak kembar, bagi saya, semua ini telah ditentukan dan hanya Dia yang tahu apa yang dirancang untuk hambanya,"
Erin Malek memberitahu, salasiah keluarganya tiada yang kembar namun di sebelah suaminya ada anak kembar.
Tambah Erin Malek sejak dia berkahwin lagi sememangnya tidak mengambil tawaran berlakon malah lebih kerap bercuti.
0 comments:
Post a Comment