09:45 0

Fad Bocey Dedah Bakal Isteri Iaitu Adik Angkat Jihan Muse, Nikah Minggu Depan


Fad Bocey Dedah Bakal Isteri Iaitu Adik Angkat Jihan Muse, Nikah Minggu Depan

Fad dari kumpulan Bocey akan bernikah dengan kekasihnya, Nur Syahirah A.Rahman pada minggu depan bersamaan 14 Mac ini.

Fad Bocey berumur 24 tahun manakala bakal isterinya itu berumur 21 tahun. Untuk pengetahuan Nur Syahirah merupakan kawan rapat dan adik angkat Jihan Muse.

10 Gambar Bakal Isteri Fad Bocey, Nur Syahirah Yang Cun (LIHAT SINI)

Ini komen Fad Bocey:

"Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

"Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya,"

Sementara itu mjlis resepsi mereka berdua dirancang akan diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 23 Mei depan.

Ini pula komen Fad Bocey tentang bagaimana dia mengurat kekasihnya itu.

"Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Musa dan daripada situ saya sudah mula terpikat.

"Namun, proses berkenalan itu agak susah juga kerana dia seorang yang sukar untuk didekati sehinggalah saya beberapa kali berusaha menawan hatinya dan melamar dia pada hari jadinya 21 Oktober tahun lalu," 

"Kami bercinta baru sahaja lima bulan bercinta tetapi ketika mula dia terima, saya terus fikir untuk berkahwin segera.

"Lepas jumpa ibu bapa dia di Kedah, mereka juga merestui hubungan kami dan menggalakkan kami untuk berkahwin,"

"Saya sudah berjauhan dengan keluarga saya di Johor, jadi kalau boleh saya mahu ada orang yang menjaga makan dan minum saya di sini.

"Malah, saya lihat kehidupan orang berkeluarga ini nampak lebih baik dan teratur seperti Achey dan isterinya," mStar

Tahniah buat Fad Bocey dan bakal isteri, semoga segala perancangan berjalan lancar. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment