Garang Tapi Romantik: Ramli MS Buat Kejutan Buat Isterinya, Alyah
Kontroversi yang melanda Alyah dan juga Ramli MS sering menjadi tumpuan media.
Kini ramai yang tertanya-tanya apa status terkini hubungan suami isteri itu.
Bagi Alyah, walaupun Ramli MS dikenali dengan sikap garangnya, tetapi sebenarnya dia seorang yang romantik. Antara kejutan dari Ramli MS ialah dia memasakkan nasi lemak buat Alyah.
Saya masih lagi isteri orang iaitu Datuk Ramli MS. Tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Semua perkara negatif yang timbul itu, tidak benar.
Saya jarang pakai cincin kahwin saya ketika waktu bekerja sebab saya ni seorang yang pelupa. Kadang-kadang bila waktu kerja saya perlu pakai aksesori yang sama dengan baju dan perlu tanggalkan cincin kahwin.
Cincin perkahwinan adalah sesuatu yang bernilai, jadi nanti kalau saya leka dengan kerja, saya takut cincin tu hilang.
Kalau saya pakai pun, hanya untuk majlis-majlis tertentu. Jadi, tidak timbul isu saya bukan lagi isteri dia.
Alhamdulillah, kehidupan saya kini okay. Saya menjalani rutin seperti biasa. Sekarang saya jadi lebih matang dan tahu bagaimana untuk melalui kehidupan.
Walaupun orang kenal dia sebagai seorang yang garang tetapi dia juga sebenar romantik cuma dia tak tunjuk depan kita.
Macam hari ini (semalam), dia nak masakkan saya nasi lemak sempena meraikan ulang tahun kami.
Semoga hubungan Alyah dan Ramkli MS kuat dari ahri ke hari dan semoga dapat anak. :)
0 comments:
Post a Comment