11:33 0

Kamal Adli Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga


Kamal Adli Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga


Terbaca di portal Metrowealth, ada satu berita mengatakan Kamal Adli telahpun membawa dan memperkenalkan Emma Maembong kepada keluarganya. Emma Maembong diperkenalkan sebagai kawan.

Namun dikatakan Kamal Adli bukan punca perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak tetapi mereka berdua rapat setelah Emma dan Zizan putus cinta.

Ini laporan berita dari Metrowealth:

“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.

“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.

“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu”.

Sumber: MIG


0 comments:

Post a Comment