10:29 0

Rohana Jalil Tegur Komen Malampau Wak Doyok Kepada Anaknya, Kilafairy


Rohana Jalil Tegur Komen Malampau Wak Doyok Kepada Anaknya, Kilafairy

Ibu kepada Kilafairy iaitu Rohana Jalil telah menegur Wak Doyok kerana memberi komen berbaur lucah yang tidak senonoh kepada anaknya.

Walaupun itu hanya gurauan namun perkara itu tidak patutu berlaku kerana boleh mengundang persepsi buruk orang ramai.

BACA JUGA: 7 Kejadian Pelik Yang Berlaku Di Pawagam (BACA SINI)

Rohana Jalil juga ada memberitahu ayah Kila ada menegur dan memarahi supaya anaknya itu tidak lagi berpakaian seksi.

Ini komennya: (mStar)

"Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

"Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini," 

 "Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

"Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim,"

"Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila.

"Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula,"



0 comments:

Post a Comment