Searching...
11:01 0

Shafiq Kyle Jawab Dakwaan Pukul Uqasha Senrose, Dan Punca Putus Cinta


Shafiq Kyle Jawab Dakwaan Pukul Uqasha Senrose, Dan Punca Putus


Ramai yang mengetahui Uqasha Senrose dan Shafiq Kyle mempunyai hubungan yang rapat malah ada yang mengatakan mereka sedang bercinta.

Baca Juga: Rahsia Terbaru ROKOK Terbongkar (BACA SINI)

Namun secara tiba-tiba, Uqasha dikaitkan pula dengan seorang usahawan bernama Ben Ali dan ada mendakwa Shafiq Kyle pernah memukul Uqasha Senrose menyebabkan hubungan mereka berakhir.

Kini Shafiq Kyle tampil menceritakan kisah dari pihaknya:

DAKWAAN PUKUL UQASHA

"Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan.

"Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remah dan mengarut," 

"Pihak yang buat dakwaan itu nampaknya tidak mengenali saya secara peribadi dan atas dasar apa dia buat dakwaan seperti itu?"

GOSIP UQASHA DENGAN BEN

"Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu.

"Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh,"

Shafiq Kyle memberitahu hubungan dengan Uqasha Senrose baik-baik sahaja dan tidak putus.


0 comments:

Post a Comment