10:49 0

Ozlynn Jelaskan Dakwaan Kongkong Johan Raja Lawak

Ozlynn Jelaskan Dakwaan Kongkong Johan Raja Lawak


Ozlynn Wati isteri kepada pelawak dan juga deejay Johan, kini menjawab segala tuduhan negatif tentang dirinya yang didakwa mengongkong Johan.

Ini komennya: (Mangga Online)

“Bagi saya, tidak timbul soal saya mengongkong Johan kerana apa yang saya buat adalah untuk kebaikan Johan juga. Kebetulan saya terlebih dahulu menceburi bidang ini berbanding Johan yang kerjaya seninya baru bermula sekitar 2007”

 “Sudah 20 tahun saya dalam bidang ini. Sejak dari zaman saya sekolah lagi. Dah macam-macam yang saya ceburi bermula dengan bidang pengiklanan sehingga ke lakonan.

“Sepanjang tempoh itu juga, dah banyak pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lalui dulu itulah yang saya jadikan panduan untuk membantu kerjaya seni Johan pula,” 

“Saya ambil iktibar daripada bermacam pengalaman saya sebelum ini untuk mengelakkan Johan daripada perkara-perkara yang dirasakan kurang elok untuk kerjayanya.

“Ini termasuk sewaktu membuat dealing sesuatu job yang ditawarkan. Kebiasaannya, saya akan study dulu mengenai job itu serta terma-terma perjanjiannya terlebih dahulu.

“Saya perlu memain peranan di sini kerana daripada pengalaman saya selama 20 tahun dalam industri ini, seseorang artis itu tidak boleh buat ‘deal’ sendiri sewaktu ditawarkan job.

“Oleh sebab itu, saya yang akan menguruskan dealing itu untuk Johan.

“Lagipun Johan juga sudah cukup sibuk sehingga dia sendiri tidak tahu jadual harian kerjayanya. Maka saya perlu membantu Johan mengingatkan apa yang perlu dilakukan mengikut jadualnya.

“Atas sebab ini juga, saya sering menasihatkan Johan agar jangan sesekali berjanji dengan orang tanpa pengetahuan pihak pengurusannya,”

Sebagai isteri eloklah Ozlynn yang menjaga Johan Raja Lawak. Ok la tu.


0 comments:

Post a Comment