09:18 0

Penyanyi Anuar Zain Di Tipu Kaw-Kaw

Penyanyi Anuar Zain Di Tipu Kaw-Kaw  


Penyanyi Anuar Zain mendedahkan sepanjang bergelar penyanyi dia pernah ditipu penganjur konsert lebih daripada sepuluh kali.

Kebanyakan penganjur meminta bayaran rendah daripada Anuar Zain kerana kononnya mahu membuat majlis amal.

Tetapi sebaliknya penganjur tersebut mengambil kesempatan menjual tiket untuk mengaut keuntungan lebih.

Ini komen Anuar Zain:

"Memang dari dahulu lagi ada penganjur-penganjur acara yang suka membuat kerja-kerja penipuan ini.

"Bayangkan saya yang masih lagi kanak-kanak sebelum ini pun ada orang yang cuba mengambil kesempatan.

"Kononnya mahu membuat majlis amal dan mereka meminta saya untuk meletakkan harga yang rendah. Tetapi sebenarnya mereka tipu,"

-mStar-


0 comments:

Post a Comment